Sukar untuk aku ungkapkan bila tertera nama kau waktu aku menguis-nguis pasir di tepian pantai. Aku inginkan penjelasan Tuhan. Maka aku hadap laut lepas yang luas lagi bebas. Kali ini bukan lagi nama kau yang aku nampak. Kau makin berani menjelma sebagai rupa dalam bentuk wajahmu yang aku tak boleh langsung lupa. Aku mengaku sedang parah dan aku putuskan untuk rebah di gigi air. Terbaring memandang langit.
Kemudian aku pandang kanan. Dari jauh, aku nampak satu sosok gaya yang masih samar, menuju ke aku. Cubaan membuka mata masih belum layak menancap gerangan siapakah dia. Maka aku putuskan untuk pejam kembali. Lama. Kerana aku gadis yang dipudar namanya.

No comments:
Post a Comment