Feb 28, 2011

selfish

Membuat sesuatu kerana diri sendiri.
Bukan kerana Mak Bedah, Halim Jinjang ataupun Junaidah Ratu Kebaya.
Sebabnya kalau jatuh pun, Mak Bedah, Halim Jinjang dan Junaidah Ratu Kebaya tak tolong.

Bila untung lebih, dah naik sikit,
Barulah Mak Bedah nak datang jenguk kat rumah, bertanya khabar.
Barulah Halim Jinjang nak datang mengurat, tanya dah kahwin ke belum.
Barulah Junaidah Ratu Kebaya nak datang ajak jadi model produk jamu dia yang tak laku.

Bila dah up habis,
Mak Bedah nak buat menantu padahal dia tak ada anak lelaki.
Halim Jinjang nak ambik jadi bini padahal kuota dia dah cukup.
Junaidah Ratu Kebaya nak serahkan semua perniagaan dan dia jadi pencacai pun tak apa.

Kenapa orang kita suka bohong?

2 comments:

ghost said...

untuk up diri sendiri...

Gadis Pudarnama said...

banyak lagi sebab lain.

turun warna